Safari Gas, Evolusi Silinder LPG di Malaysia - Safari Techs PLT

Safari Gas, Evolusi Silinder LPG di Malaysia

Enhancing LPG Cylinder

Safari Gas, Evolusi Silinder LPG di Malaysia

Safari Gas : Tong Gas Ringan dan Selamat

Apa itu Safari Gas ? Safari Gas merupakan produk berteknologi Malaysia pada pembuatan silinder dan dibangunkan dalam Malaysia. Safari Gas adalah  gas LPG yang dimasukkan kedalam silinder LPG yang diperbuat daripada bahan komposit. Untuk percubaan pasaran, Safari Gas boleh didapati dalam silinder berkapasiti 5 kg. Terdapat banyak kelebihan Safari Gas ini, antaranya ialah :

  • Ringan
  • Lut Cahaya ( takat LPG boleh dilihat )
  • Kalis Letupan
  • Tidak Berkarat
  • Bentuk Yang Menarik

Berat Safari Gas adalah 60% adalah lebih ringan daripada silinder yang diperbuat daripada logam. Ianya sungguh ringan dan memudahkan pergerakan pengguna. Safari Gas amat sesuai digunakan oleh golongan yang sering melakukan aktiviti outdoor seperti perkhemahan, perkelahan dan juga merentas hutan. Malah, Safari Gas adalah direka supaya boleh dimuatkan di dalam beg galas sahaja.

Pengenalan Safari Gas Dalam Pasaran Malaysia

 

Dinding silinder Safari Gas adalah lut cahaya. Ianya dapat dilihat takat LPG di dalamnya dan memudahkan pemantauan dari semasa ke semasa. Ini dapat mengurangkan risiko kehabisan gas semasa pengunaan LPG kerana takat LPG dapat dipantau pada setiap masa. Silinder Safari Gas diperbuat daripada bahan yang tidak berkarat. Oleh itu, ianya tidak akan memberikan sebarang kotoran degil daripada karat jika terkena pakaian dan beg pengguna.

Selain itu, Safari Gas telan menjalani ujian kebakaran. Dalam ujian kebakaran, Safari Gas tidak akan meletup walaupun dalam api yang marak. Inilah ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada Safari Gas untuk menjamin keselamatan para pengguna Safari gas. Walaupun diperbuat daripada plastik dan gentian kaca, ianya jauh lebih selamat daripada penggunaan silinder yang diperbuat daripada logam.

Bentuk dan warna luaran Safari Gas adalah sangat menarik. Ianya didatangi dengan outer casing berwarna merah ketika fasa percubaan pasaran ini. Ianya lain daripada warna silinder LPG yang terdapat di Malaysia dan warnanya sesuai untuk disebatikan dengan sebarang acara. Untuk maklumat lanjut, sila email kepada kami untuk sebarang maklumat tambahan di hello@safaritechs.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *